Apr 5, 2010

Pagi....Yang.....Sepi....

sunyi rasa pagi niee......

biasanya pagi2 mood malas aku untuk pergi kerja akan hilang bila mendengar lawak jenaka dari dia....
tapi pagi nie dah takde......

selamanya tiada......
bila sampai  ofis benda pertama aku buat adalah pasang radio di handphone and then bukak siaran riuh pagi era

bila dengar lwak jenaka di sawan cara era dan drama sebabak,hari aku bermula dengan gembira
bila dengar lawak jenakanya memang aku rasa happy and semua masalah dan rasa boring aku kat ofis terbang begitu aje.

aku gelak sorang2 bile dengar lawknya

walaupun tak pernah berjumpa tapi hanya mendengar suaranya, aku tau dia cukup istimewa
itu lah dia  Mior Ahmad Fuad @ Din Beramboi.Telah pergi selamanya menghadap penciptanya pada 2 April 2010,hari Jumaat.

aku mula2 mengenali nama ini di Majalah ujang masa aku kecik2 dulu.Aku tak tahu apa hubungan Majalah nie dan Din Beramboi,apa yang aku tau mereka ada masalah about copy right of  the name Din Beramboi.Tapi tu sume cite lame.

Kemudian bila aku memasuki alam universiti aku selalu  mendengar lawak jenakanya di radio THR .Memang pecah perut di buatnya.

Melalui sitcom dan telefilem juga aku sering melihat dia di kaca tv........sehinggalah di radio era...segala-
galanya mencuit hati.

kini segalanya sudah tiada.......dan aku baru sedar aku begitu meminati lawak jenakanya yang mana selama ini aku rasakan hanya sebagai hiburan semata.

Aku tak pernah menitiskan air mata untuk pemergian mana-mana artis di dunia ini......tapi untuk arwah Din Beramboi aku tak mampu untuk menahannya,sebab sudah terlalu lama aku terhibur dengan lawak jenakanya.
Kini segalanya tinggal kenangan.....al-Fatihah untuk Allahyarham Mior Ahmad Fuad @ Din Beramboi









0 comments: