Jul 25, 2009

Tak padan kecik langsung....

Bersendirian di rumah membuatkan aku berasa bosan. semua housemate dah keluar.aku pulak nak keluar malas pula.nak tengok tv pun da tak tau nak tengok cite ape.Macam ni la kalau hari tak bekerja.Lain takde tido je la.Nasib baik ada blog ni dapat gakla aku hilangkan rasa boring.

Flat tempat sewaku ini kebanyakannya golongan chinese family yang duduk.boleh dikira dengan jari keluarga melayu yang menetap kat sini.Sebut ja nama flat aku ni semua orang kata "ooo flat cina tu eh?" so tak payah gi ar nak kira brapa ramai chinese duk menetap kat sini.menurut kata uncle kat sebelah rumah aku nie,dia da lama duduk sini. Sejak anak dia di bangku sekolah lagi. Sekarang nie anak dia da kwin da pun berkeluarga dan da bercerai pun pun. Uncle tu pun aku tengok da sebaya atuk aku. Masa aku mula-mula datang sewa rumah kat sini punyer la buruk bangunan flatnyer. Memang da hilang warna cat nyer. So aku memang dapat imagine da berapa lama flat ni didirikan.Mujurla awal tahun lalu flat ni di cat kan semula. Flat yang dulunya kelihatan begitu usang kelihatan baru semula.

Menetap di kelompok majoriti chinese membuatkan aku belajar erti bermasyarakat dengan kaum lain . Selama ni aku tak pernah berjiran dengan selain malay. Selain tu kena juga bersabar dengan anjing yang memang menjadi haiwan peliharaan mereka. Apa yang membanggakan aku mereka begitu perihatin dengan apa yang orang melayu memang kata "haram". So aku memang lagsung takde problem atau was-was duduk di sini. Kebersihan kat sini pun bagus kalau nak dibandingkan tempat lain.

Bercerita tentang haiwan peliharaan mereka ni iaitu anjing, ada sebuah rumah chinese berdekatan dengan rumah aku. Setiap kali aku menggunakan lif aku memang terpaksa lalu berhadapan rumahnya. Sebab aku terpaksa berpusing keliling blok bangunan flat aku sebab hanya satu lif yan berfungsi di situ. Setiap kali melalui rumah tersebut aku terpaksa menahan telinga mendengar salakan anjing yang kuat yang berada didalam rumah tersebut. Masa mula2 memang terkejut sungguh aku bila anjing tu menyalak. Macam rasa dikejar oleh anjing. Anjing tu menyalak cam aku nie pencuri.Anjing tu bukan sahaja menyalak tapi sambil melompat-lompat ke arah tingkap. Tak pun dia menolak-nolak pintu rumah tuannya.Macam nak tercabut pintu aku tengok.Pada fikiranku mesti anjing nie jenis anjing hitam yang biasa orang bela kat kedai-kedai tu.Memang aku tak pernah tengok rupa kejadian anjing nie.Bila da biasa melalui rumah tu aku pun suka la acah-acah anjing tu dengan membuat lebih bising.Apalagi anjing menyalak tak ingat dunia la.Aku tak tau la tuan dia tu tak pekak telinga agaknya.

Dua hari lepas aku ada lalu kat depan rumah chinese tu.Masa aku da nak tiba rumah dia tu aku nampak pintu rumah dia terbuka.Aku dah cuak juga.Semakin hampir, tiba-tiba keluarla seekor anjing putih yang kecil berbulu agak tebal dan comel menyalak kuat ke arah aku dan sambil tu cuba untuk mengejar aku.Aku punya terkejut jangan cakap la.Nasib baaik tuan dia ikat dia. Apalagi tanpa membuang masa aku terus pusing balik naik tingkat 6 dan turun semula tingkat 5 tanpa melalui rumah chinese tu.Barulah aku tau selama nie yang sentiasa memeranjatkan aku dan rakan2 sehingga kami lari lintang pukang dengan salakan dia yang kuat bukan besar mane pun.Tak padan kecik langsung.Dapat kat aku tak tau la apa nasib anjing tu....

Jul 23, 2009

Hanya Ingin Kau Tahu......

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku


p/s :Best kan liriknyer....lagu dari seberang yang dinyayikan oleh band yang bernama Republik.First time aku dengar lagu nie masa tengok cite drama kat tv3 bertajuk "kawin kontrak" lakonan my febret actor Fahrin Ahmad.This song adalah lagu tema cite tu.Feeling tul la bila dengar lagu nie.Just want you to know........


Jul 14, 2009

interview....interview....

Baru balik dari interview SPA,tak tau la dapat ke takpuas aku baca pasal dewan rakyat,dewan negara,menteri2, current issue....tapi semuanya langsung tak ditanya.apa yang di tanya bidang tugas aku kat ofis sekarang.2 orang interviewer n yang 'bestnyerr" dua2 women.betul gak org sebelah aku (budak yg datang utk interview cam aku gak la) cakap klu dapat interviewer perempuan habislah.biasala confirm cerewit.dan akhirnya aku yang dapat.pertama2 sekalinya dia arguing about my certificate.yela ada degree tapi mintak jawatan yang lebih rendah.aku cakap la aku tak kisah semua tu.pastu dia tane pasal backgraound n seterusnya aku nyer tugas2 kat ofis.tu je.tapi killer gak soalan dia pasal dia suh kita berfikir sendiri.ligat otak aku nakjawap.pastu da nak habis boleh lagi dia suh aku pi ambil exam PTD (pegawai tadbir diplomatik).nak je aku cakap klu aku boleh dengan senang lulus exam PTD aku takkn interview tuk jawatan tu.Aku da berusaha bersungguh-sungguh.sekarang ni aku tawakal je pada Allah S.W.T. Dia lebih berkuasa untuk menentukan sesuatu itu jadi atau tak.

on the way balik, my housemate send sms,dia cakap doktor suspect dia kena denggi.risau gak aku.da 2 hari dia demam tapi tengok cam tak teruk sangat.alih alih suspect denggi.silap2 leh satu rumah kena.ingat lagi masa aku study kat UiTM, kakak and 2 orang adik aku serentak kena demam denggi.perrgh tuah je la tau perasaan aku masa tu.mane tak nyer waktu tu aku tengah final exam.nak balik kampung mak aku tak bagi coz dia takut aku berjangkit.x pasal2 aku extand satu sem sebab demam denggi plak.tapi bersyukur sangat kakak ngan adik2 aku tak seserius mane.dan aku mintak housemate aku pun sama gak.mudah2an doktor tersalah suspect.ceh cam suspect pembunuhan plak