Apr 27, 2010

Today was a Fairytale


Today was a fairytale
You were the prince
I used to be a damsel in distress
You took me by the hand and you picked me up at six
Today was a fairytale
Today was a fairytale
I wore a dress
You wore a dark grey t-shirt
You told me I was pretty
When I looked like a mess
Today was a fairytale

Time slows down
Whenever you're around
Can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
Today was a fairytale
You've got a smile that takes me to another planet
Every move you make everything you say is right
Today was a fairytale


All that I can say
Is now it's getting so much clearer
Nothing made sense until the time I saw your face
Today was a fairytale

Time slows down
Whenever you're around

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale

Time slows down
Whenever you're around
I can feel my heart
It's beating in my chest
Did you feel it?
I can't put this down


But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale

 

Apr 20, 2010

Tak Suka...Bole Blah




Pagi tadi aku dengar sinar fm bersama kek engku,krill & salleh yacob.Tajuk pagi tadi adalah apa yang kita buat pada seseorng tu kalau kita tak suka kat dia

Ramai la pendengar yang call,sama ada tak call sampai 5 bulan,buat buat tak kenal bila org yang tak di sukai call and macam-macam la lagi

Benda ni actually jadi sendiri kat aku and baru a few days orang tu “serang” aku. Bukan la aku dari golangan yang “tak disukai” tapi akulah yang “tak menyukai orang tu”

Tak suka tu bukan la aku benci kat dia tapi lebih rasa tak senang a.k.a aku rimas..lemas. Apa taknya every week call @ sms aku semata-mata nak ajak aku keluar,hang out kat mane2 and then kalau aku tak nak pastu nak bengang pulak.

The problem is aku baru kenal dia tak sampai pun sebulan and then jumpa sekali after beberapa hari kenal, tak boleh ker “slow2” nak tackle aku. Aku bukan biasa keluar with people yang aku tak berapa nak kenal. I am not that girl. And sometimes I think is he a desperate man? main terjah je...terjah cam melodi tu gempak gak

Lepas segala call and sms aku endah tak endah last Thursday he send me sms yang mana boleh mendatangkan kemarahan tahap gunang berapi. Kata-kata yang tak sepatutnya @ caci mencaci dia bagi kat aku. Sesodap makn nasi je dia kutuk aku.

Senang je aku balas “syukur Allah Taala dah tunjukan sebab dan hikmahnya ”. Ada akal fikir sendiri.So kemarahan yang dibalas dengan kata2 yang “cool” pasti dia akan diam dengan sendirinya.

end of this story


Apr 5, 2010

Pagi....Yang.....Sepi....

sunyi rasa pagi niee......

biasanya pagi2 mood malas aku untuk pergi kerja akan hilang bila mendengar lawak jenaka dari dia....
tapi pagi nie dah takde......

selamanya tiada......
bila sampai  ofis benda pertama aku buat adalah pasang radio di handphone and then bukak siaran riuh pagi era

bila dengar lwak jenaka di sawan cara era dan drama sebabak,hari aku bermula dengan gembira
bila dengar lawak jenakanya memang aku rasa happy and semua masalah dan rasa boring aku kat ofis terbang begitu aje.

aku gelak sorang2 bile dengar lawknya

walaupun tak pernah berjumpa tapi hanya mendengar suaranya, aku tau dia cukup istimewa
itu lah dia  Mior Ahmad Fuad @ Din Beramboi.Telah pergi selamanya menghadap penciptanya pada 2 April 2010,hari Jumaat.

aku mula2 mengenali nama ini di Majalah ujang masa aku kecik2 dulu.Aku tak tahu apa hubungan Majalah nie dan Din Beramboi,apa yang aku tau mereka ada masalah about copy right of  the name Din Beramboi.Tapi tu sume cite lame.

Kemudian bila aku memasuki alam universiti aku selalu  mendengar lawak jenakanya di radio THR .Memang pecah perut di buatnya.

Melalui sitcom dan telefilem juga aku sering melihat dia di kaca tv........sehinggalah di radio era...segala-
galanya mencuit hati.

kini segalanya sudah tiada.......dan aku baru sedar aku begitu meminati lawak jenakanya yang mana selama ini aku rasakan hanya sebagai hiburan semata.

Aku tak pernah menitiskan air mata untuk pemergian mana-mana artis di dunia ini......tapi untuk arwah Din Beramboi aku tak mampu untuk menahannya,sebab sudah terlalu lama aku terhibur dengan lawak jenakanya.
Kini segalanya tinggal kenangan.....al-Fatihah untuk Allahyarham Mior Ahmad Fuad @ Din Beramboi









Apr 2, 2010

Wajah & Hati Yang Cantik




Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah

minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung

dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah

sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.


Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup

dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan

seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan

dzikir dan do'a.


 Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak

hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata

kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"

(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku,

maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN


Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah,

tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak

menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan

berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih

bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah

makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan

demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.




Mar 23, 2010

Lantai mozek pecah!!!!

Malam tadi lantai mozek aku pecah.Terkejutnya aku bukan kepalang la.Bunyi retak dia je da buat aku cam


nak hilang nyawa Apa tak nyer dah la time tu aku duduk sorang-sorang kat rumah. Menggigil aku di


buatnya.1st instinct aku....ada gegaran ker?Tapi aku tengok jiran-jiran rumah aku rileks je.Bila aku selak


carpet yang menutupi mozek tu,aku tengok mozek tu dah terlongkah.Lepas tu beberapa retakan pun


terdengar lagi.Prappp....pergh buat jiwa kacau nih.Tanpa buang masa aku call uncle sebelah rumah


aku.Uncle tu tergelak tengok kegelabahan aku.First time maa....mesti gelabah tahap gaban punyer.Bila uncle


 tu tengok,dia cakap maybe mase contractor pasang mozek dia buat cincai je and then mozek tu cam


da kosong dalam dia.Bila dah lama dia jadi panas tu yng boleh pecah.Tak bahaya pun.Fuhh...lega hati


aku.Tapi tu la bunyi dia kuat,tu yang buat aku rasa cam tak nak balik umah  ari nie.Buat nyer dia terpelanting


naya aku.Tapi member aku cakap takkan jadi camtu lain la aku hempas badan aku kat atas mozek tu.Giler


apa aku nak wat macam tu.....emmm dugaan tul la

Mar 16, 2010

SUPERNATURAL





Aku sedang bersengkang mata untuk menunggu thriller SUPERNATURAL.Tabik  spring pada TV3 coz tayangkan cite terbest cam nie.


Kali nie da nak masuk season 4.Start dari seasaon 1 memang aku tak pernah miss.Tak boleh tido aku selagi tak tgok cite nie.


Hantu-hantu dlm cite nie takde la seram mane,terkejut lagi aku dengan hantu cite melayu (tabik kpd cite2 melayu eg drama kekasih kuseru),tapi aku lebih tertarik dengan hubungan adik beradik Dean and Sam Winchester  lakonan hebat Jensen Ackles and Jared Padalecki, the hunter of demons and other figures of the paranormal dalam horror series ni la.


Hubungan persaudaraan yng tiada batasan ni la buat aku rasa betapa bertuah nyer kita yang masih ada keluarga yang menyayangi kita dan kita patut menghargai kasih sayang tu selagi mereka masih bernyawa.betul tak?



Mar 5, 2010

Wanita Cantik yg suka Menangis...





Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"  


Allah berfirman:



"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.. .
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."


"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya


" tempat dimana cinta itu ada."

Feb 20, 2010

AKIKAH

Lembu yang disembelih untuk akikah







Time to melahap…opps silap time to melapah. Sorang je yang melapah yang len “cover line” takut lembu lari


Budak-budak yang nak diakikahkan

 
Noor Amila Fadhlina “ci debab girl”

  
Muhammad Zarif Rushdi “ci cenonet boy”

  

Noor Erika Natasha the “good girl” & “ci kenit” Noor Fasha Qistina

  
Muhammad Farish the “tembam boy”

The others 2 budak-budak yang nak di akikahkan tak dapat dikesan.

Time to melahap dengan jayanya



Tamatla riwayat seekor lembu.........