Dec 12, 2009

Style baru

Baru-baru nie aku tukar sikit penampilan gaya tudung kepala aku. Dari tudung biasa (4segi) ke selendang. Seperti jangkaan memang ramai yg menegur. But thanks God, teguran itu membina dan membuatkan aku rasa cam nak pakai shawl hari2 pulak pi ofis.

Tapi ada satu teguran yg agak mengkonpiuskan pemikiran aku bila aku pakai shawl pi ofis,


“eh ekin,baru nampak macam perempuan hari nie!”


Habis tu selama nie aku nampak cam ape? Cam lelaki ker?or lebih worst cam….tak kuasa mak!

5 years Ago and Now

Last Sunday aku dan kawan2 aku p wedding ceremony one of my best friend masa kat UiTM. Ramai ar jumpe kwn2 masa study dulu.Ada yg tak pernah jumpa sejak 5 years lps.Rindu nyer diorng sume.Walaupun kami jarang berhubung dan berjumpa tapi kemesraan sama seperti waktu kami study dulu. Respect ar you all sume.

Masa aku kat UiTM dulu,aku close ngan 5 org sahabat aku. Lebih kurang cam one group la. Gi mana2 pun bersama. Even gi toilet pun sama2 tapi xde la time nak emmm…emmm..tue. Masa tu kitaorg slalu cakap antara kami berlima sape la agaknya yg kawin dulu. Nampaknyar after 5 years antara kami berlima Khalizah bertemu jodoh dulu. Congrats my dear. And after this selang a few weeks my other best friends antara 5 org tu pun nak kawin gak. Azurah, she is my exroomate aka my exclassmate. Congrat congrats my dear.

Bila jumpe kwn2 lame apa yg paling ketara sekali, sume da ada patner masing2. Tk kira la yg da kawin,bertunang or even couple. Tapi about my self still as same as 5 years ago……what’s it? and why?

Nov 8, 2009

RINDU




Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada
seseorang yang tiada di depan mata.

Kata kamus,rindu itu keinginan yang kuat 
mahu bertemu seseorang.

Kata pujangga.rindu hadir selepas suka dan cinta.
Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,tidak cinta
tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta. 

Hati ini jatuh rindu kepadanya

Puas aku menafikan, cuba mengusir pergi rasa yang
satu ini. Tetapi rasa ini terus menghantuiku. Berperang 
dengan perasaan sendiri, aku kelelahan.

Ceritera rindu ini, di manakah noktahnya?

p/s: LEEYA MYRA 

Oct 25, 2009

Rase cam nak makan Pappadom



Last week,aku ngan  housemate p tgok movie Papadom kat Berjaya Times Square.Thanks God,kita org pi pagi kalu tidak mampuih ramai lebih2 lagi ari tu Deepavali.

Terus terang aku ckp cite tu memang best,no wonder bleh menang banyak anugerah festival filem.lawak n sedih dijadikan satu cite.bila tgok cite tu aku kadang gelak sampai nak kluar air mata dan sedih hingga mengalir air mata.kelakar yg bukan dibuat-buat dan sedih dengan jalan cite yang membuat kan aku teringat kat abah aku.Ada ker seorg ayah yang macam Saadom (yg dilakonkan oleh Afdlin Shauki) dlm dalam dunia realiti nie.Sanggup buat apa aje demi melindungi anak gadisnya.Sampaikan anaknya rasa terkongkong giler.

Jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan ngan bapak aku.Yes,absolutely nya aku teringat kat abah aku bila tengaok movie nie.Bukan aku nak compared abah aku ngan Saadom yg dalam cite nie.Yela aku selalu mengangankan yg abah aku menjadi seorang yg begitu melindungi,begitu mengambil berat akan aku.Tapi dia selalu buat "dek" jer.Maybe mmg itu cara dia.Tula mak aku ada ckp,bapak ko ni sayang kat anak2 tapi dia bukab jenis yg menunjuk-nunjuk kasih sayang nyer.Yela sape yg tak sayang anak kan?Harimau yg  garang tu pun tau sayang anak dia.Tapi tu la.Antara aku ngan abah susah nak wujudkan kemesraan.Mungkin dari kecik sudah macam tu jadi bila da besar pun ia tetap jadi camtu.

Kadang2 aku rasa jeles jugak tengok kawan2 aku ngan bapa diaorang.Mereka bleh berbual apa saje cam dengan kawan2.Tapi nasib baik mak aku tak macam tu.Berbeza sgat  hubungan aku ngan mak and abah.Mak is my best friends and the person I trust in the world.Mom you're great!

Aku kadang2 tertanya-tanya dalam hati sampai bila ketidak mesraan ini akan wujud?Terlalu payah rasanya ingin mewujudkan benda yg tak pernah ada.Bole ker aku rasa cam tu ek?

Oct 11, 2009

Segenggam Tabah




Teringin menulis sesuatu tapi jari tak tertulis apa yang nak ditulis.Ia berlegar legar dalam minda tanpa dapat disuarakan dengan kata, hanya keluhan yang dapat didengar.


Kan tak baik mengeluh seolah kita tidak redha dengan apa yang terjadi.Tapi adakah aku setabah itu?Terima setiap apa yang berlaku tanpa sedikit pun mengeluh dan meneruskan hidup ini tanpa menoleh kebelakang?

Oct 9, 2009

my heart song

My Love lyrics




An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller


I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together


And oh my love
I'm holding on forever
Reaching for a love that seems so far


So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again
My love


Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
My love

 

I try to read
I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself
From thinking




I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together




And oh my love
I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again




My love



Sep 16, 2009

ON DE WAY HARI RAYA

ahak...ahaks....cam klaka plak tajuk entry aku nie.gara-gara mendengar sinar.fm baru-baru ni,
"mat saleh" aka Salleh yakob menyanyikan lagu menjelang hari raya dan di translate ke bahasa english caca marba dia, aku pun jadikanla ia tajuk entry nie.suasana raya da memang terasa berbahang-bahang di seluruh badan aku.mana tak nyer aku da rasa jiwa dan hati aku ni da berada di kampung.Tinggal badan je kat KL nie.

sume barang-barang aku da beli.baju mak,abah,adik-adik,anak sedara sume da beres.duit raya pun aku da sediakan.tinggal belum masuk dalam sampul raya je.this year punya raya my father da wat keputusan tuk blik kuantan and suatu reward for my mother because balik kampung mak aku.da dua tahun tak balik raya kat kuantan.so sure mesti happening giler la.aku pun da lama tak balik kuantan.last aku balik adalah raya haji tahun lepas.maklumla cuti tak banyak so time cuti aku balik umah mak ngan abah kat johor.rindu ngan wan ngan aki aku.tak sabar nak tolong diaorang buat ketupat daun palas tu.satu-satunya ketupat yang aku tau buat.ketupat 4 segi or ketupat nasi tu memang confirm aku tak reti buat.dari kecik sampai besar aku belajar buat tapi tak pandai-pandai gak.sampai adik aku yang sekolah rendah tu pun da pandai buat ketupat nasi tu.mungkin memang aku takde kepakaran dalan bidang menganyam agaknya.
so tinggal one day tuk bekerja esok.and friday is time to go back hometown.aku berdoa agar perjalanan aku dan keluargaku ke kuantan selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t begitu juga dengan semua umat Islam yang merayakan Aidilfitri di seluruh dunia.AMIN.......

Aug 31, 2009

RAMADHAN YANG MEMERDEKAKAN DIRI

Pejam celik pejam celik da nak hampir 10 hari kita berpuasa di bulan ramadhan al-mubarak nie.Ringan je rasa badan and rasa cam da slim skit.ceh baru 10 hari da rasa slim lum lg 30 hari.Di samping menjalani ibadah pose nie,Malaysia juga menyambut kemerdekaannyer yang ke-52 tahun.Uihh dah 52 tahun negara kita merdeka.52 tahun bersamaan 2 kali ganda umur aku.Malaysia yang merdeka ke-52 tahun semakin maju dan terus dan terus membangun.Bangga nyer jadi anak Malaysia.Tapi tahun ni aku tengok sambutan kemerdekaan agak hambar sedikit berbanding tahun-tahun sudah.Cam tahun lepas masuk je bulan 8 da nnampak orang kibarkan jalur gemilang.Tak kiralah kt umah or kat kenderaan diaorang.Tapi tahun nie cam leh kira ngan jari orang kibarkan bendera.Mungkin kerana bulan puasa kot jadi kemeriahan dia biasa-biasa je.Orang lagi excited nak sambut bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba.Mana tak nyer baru sehari dua hari puasa orang da pasang lagu raya kat supermarket.Lawak tul la.Nasib baik bukan pasang lagu raya kat radio memang nak kena kutuk.

Semalam aku pergi Masjid Jamek @ Jalan Tar,mak oii ramainyer orang cam lagi seminggu nak raya.Masing-masing shopping raya.Mana taknyer gaji baru keluar.Memang masyuk nak shopping.Tapi lecehnyer kena plak pakai mask.Orang ramai bersesak-sesak tak berani nak tanggung risiko tekena jangkitan H1N1.Rasa cam tak boleh nak bernafas.Berpeluh satu muka di buat nyer.Itulah pengorbanan yg perlu dilakukan untuk memastikan diri sendiri sihat.Walau tak selesa.Tibai je la.....

Da bulan Ramadhan nie byak mengajar aku erti sabar.Kalau tak aku nie pantang orang salah sikit aku mula nak naik angin.Tapi oleh kerana berpuasa aku bersabar je dengan kerenah orang lain.Kalau tak sabar kang kurang pulak pahala puasa aku nie.Mudah-mudahan kesabaran aku nie kekal untuk bulan-bulan yang lain.Tapi bila bab2 menbeli makanan tuk berbuka puasa aku memang tak leh sabar.Confirm nyer la abis.Ofis aku plak berdepan je dengan bazar ramadhan Putrajaya,so faham-faham je la.Tiap-tiap hari aku akan keluar awal sikit dari ofis tuk shopping kat bazar.Pak guard tu pun da cam muka aku yang hari-hari turun awal sebelum waktu ofis tamat.Bukan apa takut ketinggalan bas.Takkan hari-hari nak naik ERL kot dari putrajaya ke KL.Kopak duit.Time bulan pose ni memang aku malas nak masak kat rumah.So penyudahnyer aku beli je walaupun terpaksa tepaksa curi-curi keluar ofis.

Aug 10, 2009

Fiesta Flora 2009-Putrajaya
















































Aug 1, 2009

Semakin Matang Mengharungi Cabaran......


Jul 25, 2009

Tak padan kecik langsung....

Bersendirian di rumah membuatkan aku berasa bosan. semua housemate dah keluar.aku pulak nak keluar malas pula.nak tengok tv pun da tak tau nak tengok cite ape.Macam ni la kalau hari tak bekerja.Lain takde tido je la.Nasib baik ada blog ni dapat gakla aku hilangkan rasa boring.

Flat tempat sewaku ini kebanyakannya golongan chinese family yang duduk.boleh dikira dengan jari keluarga melayu yang menetap kat sini.Sebut ja nama flat aku ni semua orang kata "ooo flat cina tu eh?" so tak payah gi ar nak kira brapa ramai chinese duk menetap kat sini.menurut kata uncle kat sebelah rumah aku nie,dia da lama duduk sini. Sejak anak dia di bangku sekolah lagi. Sekarang nie anak dia da kwin da pun berkeluarga dan da bercerai pun pun. Uncle tu pun aku tengok da sebaya atuk aku. Masa aku mula-mula datang sewa rumah kat sini punyer la buruk bangunan flatnyer. Memang da hilang warna cat nyer. So aku memang dapat imagine da berapa lama flat ni didirikan.Mujurla awal tahun lalu flat ni di cat kan semula. Flat yang dulunya kelihatan begitu usang kelihatan baru semula.

Menetap di kelompok majoriti chinese membuatkan aku belajar erti bermasyarakat dengan kaum lain . Selama ni aku tak pernah berjiran dengan selain malay. Selain tu kena juga bersabar dengan anjing yang memang menjadi haiwan peliharaan mereka. Apa yang membanggakan aku mereka begitu perihatin dengan apa yang orang melayu memang kata "haram". So aku memang lagsung takde problem atau was-was duduk di sini. Kebersihan kat sini pun bagus kalau nak dibandingkan tempat lain.

Bercerita tentang haiwan peliharaan mereka ni iaitu anjing, ada sebuah rumah chinese berdekatan dengan rumah aku. Setiap kali aku menggunakan lif aku memang terpaksa lalu berhadapan rumahnya. Sebab aku terpaksa berpusing keliling blok bangunan flat aku sebab hanya satu lif yan berfungsi di situ. Setiap kali melalui rumah tersebut aku terpaksa menahan telinga mendengar salakan anjing yang kuat yang berada didalam rumah tersebut. Masa mula2 memang terkejut sungguh aku bila anjing tu menyalak. Macam rasa dikejar oleh anjing. Anjing tu menyalak cam aku nie pencuri.Anjing tu bukan sahaja menyalak tapi sambil melompat-lompat ke arah tingkap. Tak pun dia menolak-nolak pintu rumah tuannya.Macam nak tercabut pintu aku tengok.Pada fikiranku mesti anjing nie jenis anjing hitam yang biasa orang bela kat kedai-kedai tu.Memang aku tak pernah tengok rupa kejadian anjing nie.Bila da biasa melalui rumah tu aku pun suka la acah-acah anjing tu dengan membuat lebih bising.Apalagi anjing menyalak tak ingat dunia la.Aku tak tau la tuan dia tu tak pekak telinga agaknya.

Dua hari lepas aku ada lalu kat depan rumah chinese tu.Masa aku da nak tiba rumah dia tu aku nampak pintu rumah dia terbuka.Aku dah cuak juga.Semakin hampir, tiba-tiba keluarla seekor anjing putih yang kecil berbulu agak tebal dan comel menyalak kuat ke arah aku dan sambil tu cuba untuk mengejar aku.Aku punya terkejut jangan cakap la.Nasib baaik tuan dia ikat dia. Apalagi tanpa membuang masa aku terus pusing balik naik tingkat 6 dan turun semula tingkat 5 tanpa melalui rumah chinese tu.Barulah aku tau selama nie yang sentiasa memeranjatkan aku dan rakan2 sehingga kami lari lintang pukang dengan salakan dia yang kuat bukan besar mane pun.Tak padan kecik langsung.Dapat kat aku tak tau la apa nasib anjing tu....

Jul 23, 2009

Hanya Ingin Kau Tahu......

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku


p/s :Best kan liriknyer....lagu dari seberang yang dinyayikan oleh band yang bernama Republik.First time aku dengar lagu nie masa tengok cite drama kat tv3 bertajuk "kawin kontrak" lakonan my febret actor Fahrin Ahmad.This song adalah lagu tema cite tu.Feeling tul la bila dengar lagu nie.Just want you to know........


Jul 14, 2009

interview....interview....

Baru balik dari interview SPA,tak tau la dapat ke takpuas aku baca pasal dewan rakyat,dewan negara,menteri2, current issue....tapi semuanya langsung tak ditanya.apa yang di tanya bidang tugas aku kat ofis sekarang.2 orang interviewer n yang 'bestnyerr" dua2 women.betul gak org sebelah aku (budak yg datang utk interview cam aku gak la) cakap klu dapat interviewer perempuan habislah.biasala confirm cerewit.dan akhirnya aku yang dapat.pertama2 sekalinya dia arguing about my certificate.yela ada degree tapi mintak jawatan yang lebih rendah.aku cakap la aku tak kisah semua tu.pastu dia tane pasal backgraound n seterusnya aku nyer tugas2 kat ofis.tu je.tapi killer gak soalan dia pasal dia suh kita berfikir sendiri.ligat otak aku nakjawap.pastu da nak habis boleh lagi dia suh aku pi ambil exam PTD (pegawai tadbir diplomatik).nak je aku cakap klu aku boleh dengan senang lulus exam PTD aku takkn interview tuk jawatan tu.Aku da berusaha bersungguh-sungguh.sekarang ni aku tawakal je pada Allah S.W.T. Dia lebih berkuasa untuk menentukan sesuatu itu jadi atau tak.

on the way balik, my housemate send sms,dia cakap doktor suspect dia kena denggi.risau gak aku.da 2 hari dia demam tapi tengok cam tak teruk sangat.alih alih suspect denggi.silap2 leh satu rumah kena.ingat lagi masa aku study kat UiTM, kakak and 2 orang adik aku serentak kena demam denggi.perrgh tuah je la tau perasaan aku masa tu.mane tak nyer waktu tu aku tengah final exam.nak balik kampung mak aku tak bagi coz dia takut aku berjangkit.x pasal2 aku extand satu sem sebab demam denggi plak.tapi bersyukur sangat kakak ngan adik2 aku tak seserius mane.dan aku mintak housemate aku pun sama gak.mudah2an doktor tersalah suspect.ceh cam suspect pembunuhan plak


Jun 13, 2009

bla..bla....



"Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya begitu sahaAja".”




Tuhan memberikan 2 kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang sejati















Jun 12, 2009

welcome to my blog

wow...1st time create blog sendiri.cam x caya plak.actually bf this just read other people punyer blog,pas2 tetiba rasa cam nak create own blog sendiri.and ask la member2 tau x nak wat blog sendiri.rupe2 nyer member2 sume da ada blog sendiri since diorang kat u lagi.mak oi buta IT tul aku nie,baru sekarang nak berjinak-jinak dgn blog.what ever pung i'll try to make this interesting in my life.