Flat tempat sewaku ini kebanyakannya golongan chinese family yang duduk.boleh dikira dengan jari keluarga melayu yang menetap kat sini.Sebut ja nama flat aku ni semua orang kata "ooo flat cina tu eh?" so tak payah gi ar nak kira brapa ramai chinese duk menetap kat sini.menurut kata uncle kat sebelah rumah aku nie,dia da lama duduk sini. Sejak anak dia di bangku sekolah lagi. Sekarang nie anak dia da kwin da pun berkeluarga dan da bercerai pun pun. Uncle tu pun aku tengok da sebaya atuk aku. Masa aku mula-mula datang sewa rumah kat sini punyer la buruk bangunan flatnyer. Memang da hilang warna cat nyer. So aku memang dapat imagine da berapa lama flat ni didirikan.Mujurla awal tahun lalu flat ni di cat kan semula. Flat yang dulunya kelihatan begitu usang kelihatan baru semula.
Menetap di kelompok majoriti chinese membuatkan aku belajar erti bermasyarakat dengan kaum lain . Selama ni aku tak pernah berjiran dengan selain malay. Selain tu kena juga bersabar dengan anjing yang memang menjadi haiwan peliharaan mereka. Apa yang membanggakan aku mereka begitu perihatin dengan apa yang orang melayu memang kata "haram". So aku memang lagsung takde problem atau was-was duduk di sini. Kebersihan kat sini pun bagus kalau nak dibandingkan tempat lain.
Bercerita tentang haiwan peliharaan mereka ni iaitu anjing, ada sebuah rumah chinese berdekatan dengan rumah aku. Setiap kali aku menggunakan lif aku memang terpaksa lalu berhadapan rumahnya. Sebab aku terpaksa berpusing keliling blok bangunan flat aku sebab hanya satu lif yan berfungsi di situ. Setiap kali melalui rumah tersebut aku terpaksa menahan telinga mendengar salakan anjing yang kuat yang berada didalam rumah tersebut. Masa mula2 memang terkejut sungguh aku bila anjing tu menyalak. Macam rasa dikejar oleh anjing. Anjing tu menyalak cam aku nie pencuri.Anjing tu bukan sahaja menyalak tapi sambil melompat-lompat ke arah tingkap. Tak pun dia menolak-nolak pintu rumah tuannya.Macam nak tercabut pintu aku tengok.Pada fikiranku mesti anjing nie jenis anjing hitam yang biasa orang bela kat kedai-kedai tu.Memang aku tak pernah tengok rupa kejadian anjing nie.Bila da biasa melalui rumah tu aku pun suka la acah-acah anjing tu dengan membuat lebih bising.Apalagi anjing menyalak tak ingat dunia la.Aku tak tau la tuan dia tu tak pekak telinga agaknya.
Dua hari lepas aku ada lalu kat depan rumah chinese tu.Masa aku da nak tiba rumah dia tu aku nampak pintu rumah dia terbuka.Aku dah cuak juga.Semakin hampir, tiba-tiba keluarla seekor anjing putih yang kecil berbulu agak tebal dan comel menyalak kuat ke arah aku dan sambil tu cuba untuk mengejar aku.Aku punya terkejut jangan cakap la.Nasib baaik tuan dia ikat dia. Apalagi tanpa membuang masa aku terus pusing balik naik tingkat 6 dan turun semula tingkat 5 tanpa melalui rumah chinese tu.Barulah aku tau selama nie yang sentiasa memeranjatkan aku dan rakan2 sehingga kami lari lintang pukang dengan salakan dia yang kuat bukan besar mane pun.Tak padan kecik langsung.Dapat kat aku tak tau la apa nasib anjing tu....